Kazekage Ketiga Senarai_Kazekage

Fail:Sandaime Kazekage Puppet.jpgKazekage Ketiga yang telah diubahsuai menjadi boneka manusia oleh Sasori

Kazekage Ketiga (三代目风影, "Sandaime Kazekage") juga digelar "Bayang Angin ketiga" merupakan bekas Kazekage di Sunagakure. Kazekage Ketiga memiliki kebolehan yang begitu unik; dia mampu memanipulasikan chakranya dan menukarkan chakra tersebut kepada kuasa magnet dan ini membolehkan Kazekage Ketiga mengawal Pasir Besi. Kazekage Ketiga telah mencipta teknik ini setelah melakukan kajian ke atas hos Shukaku di ketika itu, lalu meniru teknik tersebut menggunakan kuasanya. Oleh kerana kebolehan inilah yang menjadikan dirinya dikenali sebagai Kazekage terkuat dalam sejarah di Sunagakure. Di bawah keadaan yang tidak diketahui, Kazekage Ketiga telah menghilangkan diri sebelum tercetusnya peperangan kampung tersebut.

Apabila Sakura dan Chiyo bertarung dengan Sasori, Sasori telah mebongkarkan rahsia bahawa dia telah mengambil mayat Kazekage Ketiga lalu mengubahsuaikannya menjadi boneka manusia dan ia merupakan boneka manusia kegemaran. Pada akhirnya, boneka manusia Kazekage Ketiga telah dimusnahkan oleh Sakura. Sakura telah berpura-pura terkena racun yang terdapat pada senjata yang dipakai oleh boneka manusia Kazekage Ketiga (pada hal Sakura telah menukarkan racun tersebut kepada protein menggunakan ubat penawar yang disediakan oleh dirinya sendiri), lalu menghancurkan boneka manusia tersebut dengan hanya satu tumbukan yang bertenaga.

  • Nama: Tidak diketahui
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Ketiga (三代目风影, "Sandaime Kazekage")
  • Status: Terbunuh (tidak diketahui sama ada dia dibunuh oleh Sasori atau tidak)

Kebolehan

Kazekage Ketiga mempunyai kebolehan unik di mana dia mampu mengawal pasir besi mengikut kehendaknya. Setelah tubuhnya diubahsuai oleh Sasori kepada boneka manusia, dapat dilihat bahawa Sasori masih mampu menggunakan kebolehan Kazekage Ketiga ketika dia masih bernyawa. Ke semua senjata yang berkaitan dengan magnetik seperti logam atau besi adalah tidak berguna dan tidak boleh mencederakan Kazekage Ketiga.

Setelah diubahsuai oleh Sasori, boneka Kazekage Ketiga memiliki kelengkapan tambahan pada anggota badannya. Boneka tersebut telah dilengkapi dengan senjata-senjata tersembunyi di seluruh tubuhnya. Ke semua senjata tersebut telah disapukan dengan racun khas yang dicipta oleh Sasori. Sekiranya dicederakan oleh senjata tersebut, racun yang terdapat padanya akan meresap ke dalam tubuh lalu mengakibatkan kesakitan dan melumpuhkan mangsanya selama tiga hari sebelum membunuhnya.

Berikut adalah senjata-senjata yang dikenal pasti telah dilengkapi pada boneka manusia Kazekage Ketiga:

  • Mata pisau boleh laras dalam bentuk cakar di tangan kanan (boneka)
  • Manipulasi Seni Boneka Seribu Ketenteraan Merah (boneka)
  • Mata mesin pemotong tersembunyi di lengan kiri (boneka)
  • Sabit boleh laras tersembunyi di lengan kanan (boneka)
  • Boleh memuntahkan Pasir Besi melalui mulutnya (boneka)